All News

JOM KAYUH SANTAI SERUMPUN ERATKAN HUBUNGAN DENGAN ORGANISASI LUAR

kayuh sntai

 

05 April 2018 (Khamis), Jabatan Bendahari dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Bendahari (KKRB) dan Pusat Penyelidikan Mardi bukit Tangga telah menganjurkan program riadah “Jom Kayuh Santai Serumpun” yang diketuai oleh Pn. Mazidah Samsudin. Turut serta dalam program riadah ini adalan pegawai-pegwawai kanan Bendahari, bersama 45 orang staf di Jabatan Bendahari.


Peserta telah dibawa masuk ke Pusat Penyelidikan Mardi Bukit Tangga dan didedahkan dengan pelbagai teknik cantuman pokok disamping di bawa menjelajah kawasan ladang sejauh 6km yang didiringi oleh beberapa orang pekerja Mardi. Manakala teknik-teknik pencatuman pula telah disampaikan oleh beberapa pekerja diladang tersebut. Pengurus mardi, Cik Hartinee Abbas berkata, program-program sebegini amat bagu dilakukan supaya kita dapat mengenali antara satu sama lain yang bertugas di organisasi-organisasi yang berhampiran dan dapat diteruskan pada masa-masa yang kaan datang.

Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk mencuba sikal letrik yang telah menjadi kegemaran di kampus universiti pada masa kini. secara tidak langsung aktiviti ini dapat menanam semangat berdikari, kerjasama, dan bertoleransi antara staf jabatan ini serta dapat merehatkan minda masing-masing disamping tugas-tugas seharian di pejabat.