All News

HARI KELUARGA JABATAN BENDAHARI 2018 MERIAH

 

FD bkt kluang

 

Jabatan Bendahari denga kerjasama Kelab Kebajikan dan Rekreasi Jabatan Bendahari (KKRB) telah mengadakan Hari Keluarga Jabatan Bendahari pada 10-12 Mei 2018 bertempat di Bukit Keluang Resort, Kuala Besut, Terengganu. Program ini telah dihadiri seramai 47 keluarga dan jumlah semua adalah dianggarkan 200 orang ahli keluarga dengan 4 biji bas.

Pelbagai aktiviti disajikan bagi memeriahkan lagi program Hari Keluarga ini. Antaranya ialah lawatan ke Taman Tamadun Islam iaitu dengan menaiki Cruise menyelusuri Sungai Duyong dan memasuki monument untuk melihat keindahan masjid-masjid terkenal di seluruh dunia pada hari pertama program.

Selain itu, pada hari kedua acara sukaneka diadakan bagi memeriahkan lagi Hari Keluarga ini. pelbagai acara disediakan seperti permainan terompah gergasi, lari dalam guni, boling kelapa untuk dewasa manakala unutk kanak-kanak disediakan dengan permainan kutip coklat, pecah belon hingga pecah dan isi air dalam botol.