PROGRAM KERJASAMA BESTARI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) DAN UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

 

 

Pada tahun 2004, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan satu Program Kerjasama Bestari bersama. Sebagai permulaan, satu bengkel telah diadakan untuk membangunkan subjek perkastaman untuk dilaksanakan oleh UUM. Hasilnya, pada 16 Jun 2006 satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani bersama oleh kedua - dua pihak. Antara kandungan MoU tersebut adalah bekerjasama dengan menggabungkan kepakaran untuk menubuhkan dan menjalankan program di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Kedoktoran.

Pada 3 Ogos 2008 Memorandum Perjanjian Usahasama (MoA) telah ditandatangani antara JKDM – UUM untuk memperkemaskan lagi pelaksanaan KAAK bagi menyahut seruan kerajaan untuk merealisasikan satu penyampaian satu perkhidmatan dengan mewujudkan Customs Business Highway serta meneruskan usaha Customs Literate Society. Selaras dengan pertukaran nama baru daripada Kursus Asas Agen Kastam (KAAK) kepada Kursus Ejen Kastam (KEK) modul baharu KEK ini berkuatkuasa sepenuhnya mulai Januari 2009. Selaras dengan kerjasama bestari ini, pihak AKMAL, UUM dan persatuan ejen telah membangunkan modul bagi Kursus Ejen Perkapalan (KEP) pada Jun 2010 dan modul tersebut telah ditambah baik pada Mei 2011 dan dijalankan sehingga sekarang.

KURSUS EJEN KASTAM

Pihak CEDI-UUM dan Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) telah menggembleng usaha bersama Persatuan Ejen untuk menghasilkan dan mengemaskini modul baharu KEK dan telah menghasilkan modul baharu yang terbahagi kepada dua iaitu Modul Eksekutif (75 jam kursus) dan Modul Bukan Eksekutif  (57 jam kursus).

KURSUS EJEN PERKAPALAN

Tujuan utama Kursus Ejen Perkapalan (KEP) dibangunkan adalah untuk meningkatkan profesionalisme ejen perkapalan untuk mewujudkan sistem pelepasan  dagangan yang cekap, tepat dan telus dan seterusnya meningkatkan kecekapan perdangangang antarabangsa. Kursus ini melibatkan modul-modul perkastaman selama 13 jam kursus bersamaan dengan dua (2) hari.

TARIKH - TARIKH KURSUS EJEN KASTAM & PERKAPALAN 2020

 PROGRAM TEMPAT TARIKH KURSUS TARIKH PEPERIKSAAN CATATAN
KURSUS EJEN KASTAM BUKAN EKSEKUTIF SABAH / KOTA KINABALU 9, 10, 11, 12, 16, 17, 18 OKTOBER 2020  19 OKTOBER 2020 PENYERTAAN DIBUKA
KURSUS EJEN KASTAM EKSEKUTIF  SELANGOR / KLANG 9, 10, 11, 12, 16, 17, 18, 23, 24  OKTOBER 2020 25 OKTOBER 2020 PENYERTAAN DIBUKA

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KURSUS EJEN KASTAM DAN PERKAPALAN 2020

I.  KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KURSUS EJEN KASTAM EKSEKUTIF                                                                                                                                                                                                                                       

1. KURSUS EJEN KASTAM EKSEKUTIF SIRI 1/2020 - JOHOR    (KEPUTUSAN)   
2. KURSUS EJEN KASTAM EKSEKUTIF SIRI 2/2020 - UUM   (KEPUTUSAN)
3. KURSUS EJEN KASTAM EKSEKUTIF SIRI 3/2020 - UUM   (KEPUTUSAN)
4. KURSUS EJEN KASTAM EKSEKUTIF SIRI 3/2020 - SARAWAK     (KEPUTUSAN)
5. KURSUS EJEN KASTAM  EKSEKUTIF SIRI 5/2020 - CCHPK, KLANG                           (KEPUTUSAN)                                                             
6. KURSUS EJEN KASTAM  EKSEKUTIF SIRI 6/2020 - UUM   (KEPUTUSAN)
7. KURSUS EJEN KASTAM  EKSEKUTIF SIRI 7/2020 - CCHPK,KLANG   (KEPUTUSAN)

ii. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KURSUS EJEN KASTAM BUKAN EKSEKUTIF

1. KURSUS EJEN KASTAM BUKAN EKSEKUTIF SIRI 1/2020 - DHL EXPRESS SDN BHD    (KEPUTUSAN)  
2. KURSUS EJEN KASTAM BUKAN EKSEKUTIF SIRI 2/2020 - SFFLA, SELANGOR   (KEPUTUSAN)
3. KURSUS EJEN KASTAM BUKAN EKSEKUTIF SIRI 3/2020 - JOFFA, JOHOR   (KEPUTUSAN)
4. KURSUS EJEN KASTAM BUKAN EKSEKUTIF SIRI 5/2020 - JOFFA, JOHOR  (KEPUTUSAN)                                                                      
5. KURSUS EJEN KASTAM BUKAN EKSEKUTIF SIRI 6/2020 - SFFLA, SELANGOR (KEPUTUSAN)

iii. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KURSUS EJEN PERKAPALAN

1. KURSUS EJEN PERKAPALAN SIRI 1/2020 - SFFLA, SELANGOR     (KEPUTUSAN
2. KURSUS EJEN PERKAPALAN SIRI 2/2020 - JPSFA, JOHOR    (KEPUTUSAN)

 

BORANG PERMOHONAN ONLINE 

 

MAKLUMAT KURSUS EJEN KASTAM EKSEKUTIF

MAKLUMAT KURSUS EJEN KASTAM BUKAN EKSEKUTIF

MAKLUMAT KURSUS EJEN PERKAPALAN

 

Semua borang penyertaan hendaklah dihantar ke alamat di bawah atau faks ke 04 - 9284909

 Pengarah 

Institut Pembangunan Keusawanan dan Koperasi (CEDI)

 Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok Kedah

 Tel : 04-9284882 / 04 - 9284887 

Email : mhfadzil@uum.edu.my / husnizaim@uum.edu.myfithri@uum.edu.my /amri@uum.edu.my