Pengalaman Menjalankan Latihan Industri Serta Lawatan Keusahawanan Tingkatkan Lagi Semangat Pelajar Uum Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan Setelah Tamat Belajar Kelak

Ditulis oleh Syed Muhammad Awaludin Tuan Baharu on . Posted in Blog

berita latihan new

Institut Pembangunan  Keusahawanan dan Koperasi  (CEDI) telah berjaya melaksanakan program Start-Up & PPUP  Fasa 4 iaitu ? Penempatan dan Lawatan Industri ? pada 1-20 Februari dan 22 Mac 2016 yang lalu.  Pada fasa ini para pelajar telah ditempatkan dibeberapa organisasi bagi menjalankan latihan industri dan dibawa melawat ke dua buah kilang iaitu Onlyone Zuza Food Industries Sdn Bhd dan Darulaman Hemeopathy Labaratory, Napoh, Jitra Kedah.

Semasa latihan industri, para pelajar telah didedahkan kepada konteks perniagaan yang sebenar untuk membolehkan para pelajar membangunkan kemahiran keusahawanan serta kemahiran mereka secara spesifik. Selain itu, mereka juga dapat berkongsi pengalaman dan mempelajari bagaimana pengoperasian sesebuah perniagaan daripada usahawan seperti pengurusan kewangan, pengurusan stok, sistem rekod, pemasaran dan sebagainya. Melalui latihan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada mereka untuk menceburi bidang perniagaan apabila tamat belajar kelak. Latihan ini telah dijalankan dibeberapa tempat antaranya Johor, Perak, Kelantan, Putrajaya, penang dan Kedah dan melibatkan industri seperti resort, pertanian, bakery, syarikat audit, ternakan dan lain-lain lagi.

Pada sesi lawatan pula, seramai 20 orang pelajar dan 2 orang pegawai pengiring dan mentor akademik telah terlibat. Sepanjang lawatan ini, para pelajar telah diberi taklimat ringkas tentang operasi kilang dan tips untuk menjadi usahawan berjaya oleh pegawai yang bertugas. Selain itu, para pelajar juga dibawa melawat dan melihat dengan lebih dekat pengoperasian di kedua ?dua buah kilang tersebut.

Program Start-up dan PPUP merupakan, program keusahawanan berimpak tinggi yang dijalankan oleh pihak CEDI dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Melalui program ini, dijangka dapat membantu UUM melahirkan usahawan graduan setiap tahun dan dapat menjadikan UUM sebagai universiti usahawan (entrepreneurial university) yang terkenal di Malaysia dan peringkat antarabangsa.