UUM Terima Lawatan Panel Penilai Anugerah MOHE Entrepreneurial Awards (MEA) 2015

Ditulis oleh Syed Muhammad Awaludin Tuan Baharu on . Posted in Blog

 

 lawatanmea2015

Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima lawatan daripada panel penilai Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan/Ministry of Education Entrepreneurial Awards (MEA) semalam bagi menilai aktiviti-aktiviti keusahawanan UUM.

Lawatan  tapak tersebut disertai seramai 10 ahli panel yang terdiri daripada lima hakimiaitu Prof Paul Hannon, Hasnol Zam Zam, Dato? Freida Pilus, Asbullah Adnan dan Zahariah Zabidin serta lima sekretariat MEA bagi menilai aktiviti keusahawanan UUM yang tersenarai sebagai finalis MEA bagi Kategori Institutional Award.

Satu sesi Temu Bual bersama Naib Canselor, Prof. Dato? Seri Dr. Mohamed Mustapa Ishak, juga telah diadakan di Bilik Mesyuarat Naib Canselor.  Delegasi tersebut turut mengadakan lawatan sekitar Kelab Golf, Tapak Konvokesyen, Projek MyAGROSIS dan Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI).

MEA merupakan pertandingan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang mengiktiraf institusi pendidikan tinggi Malaysia bagi kecemerlangan aktiviti dalam bidang keusahawanan.

UUM telah mencalonkan penyertaan untuk empat (4) kategori yang dipertandingkan iaitu Institutional Award, Best Mentor (Academic), Best Student Start-Up dan Best Project di mana selepas saringan awal, penyertaan UUM bagi Institutional Award dan Best Mentor (Academic) telah disenarai pendek untuk membentangkan hasil kecemerlangan aktiviti keusahawanannya mulai Julai 2013 hingga Jun 2015.

Timbalan Pengarah CEDI, Prof. Madya Dr. Chandrakantan Subramaniam telah melakukan pembentangan bagi kategori Institutional Award manakala Prof. Madya Dr. Filzah Md Isa membentangkan bagi kategori Best Mentor (Academic) pada 17 dan 18 September 2015 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.