Taklimat National Entrepreneurship Challenge (NEC) dan Latihan Simplified Business System (SBS)

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Blog

 Gambar 2

 

 

Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) telah menganjurkan Taklimat National Entrepreneurship Challege (NEC) 2015 dan Latihan Simplified Business System (SBS) bertempat di UUM Kuala Lumpur (UUMKL). Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan dan maklumat awal sebelum berlangsungnya Pertandingan NEC 2015 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada 16-27 Januari 2016. NEC ini merupakan penganjuran kali ke-4 oleh CEDI UUM dimana sebelum ini ianya dikenali sebagai Pertandingan Simulasi Perniagaan Peringkat Kebangsaan.

 

Taklimat telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Chandrakantan Subramaniam, Timbalan Pengarah CEDI serta Pengarah Malaysia Practice Enterprise (MYPEC), En. Matsham Ahmad. Turut hadir ke taklimat ini 11 IPTA yang telah mengesahkan untuk NEC tersebut antaranya UnIZA, UPM, UTEM, UTM, USM, UNIMAP,UM, UIA, UMT, USIM dan UPSI.