Bentuk Sifat Keberanian Pelajar Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan

Ditulis oleh Syed Muhammad Awaludin Tuan Baharu on . Posted in Uncategorised

UNIT LATIHAN

Pada 29 Mac 2016  bertempat di Rusheat Chocolate and Bakery , Kampong Pulau Nyior , Jitra seramai  15 orang pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Perniagaan Tani, Universiti Utara Malaysia telah menimba ilmu perniagaan dengan mengikuti program  ?Choco?s Expert? yang dianjurkan oleh Kelab MyAgrosis dengan kerjasama Institut Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi (CEDI).

Para pelajar telah diajar cara pembuatan produk yang berasaskan coklat dan masakan menu western dengan bimbingan Puan Faizah bt. Halim, Penasihat Kelab MyAgrois UUM. Menurut Pengarah Program Saudara Azimudin bin Mazli, program ini diadakan bertujuan untuk mempelajari asas dalam membuat coklat dan masakan ala western dengan cara dan teknik yang betul. Selain itu, program ini juga diadakan bagi membentuk sifat-sifat keberanian dalam diri setiap peserta apabila menceburi bidang keusahawanan disamping mengeratkan hubungan sesama mahasiswa/mahasiswi.

Program ini juga merupakan sebahahagian dari aktiviti CSR CEDI kepada pelajar dalam usaha pihak CEDI melahirkan usahawan siswazah UUM.