ARTIKEL 5

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

 

347

 PERNIAGAAN BERPUSAT DI RUMAH: KAJIAN PROFIL PERIBADI, KELUARGA DAN PERNIAGAAN DALAM KALANGAN USAHAWAN DI DAERAH KUBANG PASU, KEDAH

 

 

Azahari Ramli

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan,

Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.

Sintok, Kedah.

arie@uum.edu.my

 

 

Khairunnisak Ahmad Shakir

Kuliyyah Muamalat, Kolej Universiti INSANIAH.

Alor Setar, Kedah.

 

 

ABSTRAK

 

 

Perniagaan berpusat di rumah atau Home-based business (HBB) merupakan perniagaan mikro sebagai usaha untuk menambah pendapatan peribadi, keluarga dan lain-lain sebab. Pada masa ini, sangat kurang perhatian yang diberikan oleh penyelidik tempatan menyebabkan maklumat profil peribadi, keluarga dan perniagaan usahawan ini kurang diketahui walhal umum telah mengetahui bahawa kegiatan ini telah lama wujud dan ramai yang mengusahakannya. Bagi memenuhi kekurangan tersebut dan kepentingan untuk membantu golongan ini umum perlu disedarkan, maka penyelidik telah mengambil inisiatif mengkaji profil-profil tersebut. Kajian ini telah dilakukan di daerah Kubang Pasu, Kedah dan lantaran tiada maklumat mengenai populasi kajian, maka kaedah snow ball telah digunakan sebagai kaedah persampelan kajian. Hasilnya, seramai 91 orang responden telah terlibat dalam kajian ini di mana mereka telah ditemui oleh enumerator kajian. Dapatan kajian menunjukkan wanita lebih ramai terlibat dalam HBB berbanding lelaki dan lebih 90% responden menyatakan tujuan dan pendorong mereka terlibat dalam perniagaan adalah untuk mendapatkan punca pendapatan. Dapatan kajian, dijangka dapat membantu penyelidik lain untuk memperbanyakkan literatur mengenai HBB. Selain itu, kajian ini diharap dapat menyedarkan pihak kerajaan supaya diberikan bantuan-bantuan sewajarnya kepada golongan usahawan ini bagi membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan masing-masing di masa hadapan.

 

 

Katakunci: Perniagaan berpusat di rumah, keusahawanan