ARTIKEL 7

Ditulis oleh webmaster on . Posted in Uncategorised

 

347

 Pengaruh Gaya Kepimpinan Transformasi dan transaksi ke atas Prestasi Perniagaan PKS di Malaysia

 

The Influence of Transformational and Transactional Leadership Styles on Business Performance of Malaysia SMEs

 

Shuhymee Ahmad

shuhymee@uum.edu.my

Kolej Perniagaan

Universiti Utara Malaysia

 

ABSTRAK

 

Hasil kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang tidak konsisten di antara pembolehubah-pembolehubah gaya kepimpinan dengan prestasi perniagaan. Sehubungan dengan itu, kajian empirikal ini cuba mencari jawapan tentang hubungan di antara kedua-dua pembolehubah gaya kepimpinan (transformasi dan transaksi) dengan prestasi perniagaan firma PKS di Malaysia. Sebanyak 143 buah firma PKS di Malaysia telah dijadikan sampel dalam kajian ini yang dipilih secara rawak mudah. Analisis kolerasi dan regresi berganda telah digunakan untuk menjawab dua hipotesis utama kajian. Keputusan kajian menunjukkan kedua-dua pembolehubah gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan transformasi dan gaya kepimpinan transaksi mempunyai hubungan yang signifikan positif dengan prestasi perniagaan. Adalah diharap dapatan dari kajian yang akan dibincangkan dalam artikel ini dapat dimanfaatkan oleh pihak kerajaan, usahawan, pengkaji lain dan pihak-pihak yang berkepentingan dalam bidang kepimpinan serta prestasi perniagaan firma PKS di Malaysia.

 

Bidang Penyelidikan: Gaya Kepimpinan Transformasi; Gaya Kepimpinan Transaksi; Prestasi Perniagaan; Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

 

ABSTRACT

 

Previous studies showed that there was inconsistent relationship between leadership style variables and business performance. Thus, this empirical study attempted to examine the relationship between leadership style variables (transformational and transactional) and business performance among SMEs in Malaysia. By using simple random sampling technique, a total of 143 SMEs in Malaysia were used as samples in this study. Correlation analysis and multiple regression were used to test the hypothesis. Results of the analysis showed that these two independent variables, namely transformational leadership style and transactional leadership style have a positive significant relationship with business performance. It is hoped that the findings from this study can be utilized by the government, entrepreneurs, researchers and interested parties in the field of leadership and business performance of Malaysia SMEs.

 

 

Keywords: Transformational Leadership Style; Transactional Leadership style; Business Performance; Small and Medium Enterprise (SME)